Ahad, 14 Mac 2010

UJIAN MAC

Nama :……………………………………….. Kelas:………………………………..

Markah Penuh: 30markah

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian tulis sebuah ringkasan tentang Keburukan internet. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud petikan asal.

Dunia IT kini telah berkembang pesat di Malaysia. Hakikat ini terbukti dengan kewujudan pusat – pusat “cyber café” di merata tempat. Keadaan bertambah rancak lagi apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi kemudahan pinjaman komputer kepada para pencarum. Bagaimanapun perkembangan tersebut telah mendapat teguran dan kritikan daripada pelbagai pihak. Mereka mendakwa, akibat terlalu bebas berkomunikasi dengan internet telah mengundang pelbagai masalah.
Penggunaan internet tanpa kawalan telah meningkatkan kos penyelenggaraan. Pengguna internet terpaksa menjelaskan bil – bil internet, telefon dan sebagainya. Bagi pengguna yang berkunjung ke “cyber café”, mereka terpaksa membayar sewa antara RM4 hingga RM5 sejam. Ketagihan dalam internet turut mewujudkan masyarakat yang antisosial. Hal ini terjadi demikian kerana seseorang yang terlalu lama melayari internet tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.
Terdapat juga sesetengah orang menggunakan internet untuk memburuk – burukkan serta menabur fitnah sehingga menyebabkan maruah dan reputasi seseorang itu tercemar. Di negara kita kes seperti ini kerap berlaku sehingga menjadi isu – isu hangat akhbar tempatan. Suatu ketika dahulu, kita telah dikejutkan dengan berita penyebaran gambar – gambar dan laman – laman web lucah yang melibatkan rakyat tempatan. Perbuatan seperti akan menjatuhkan maruah individu tersebut dan keluarganya.
Akibat khusyuk melayari internet, tahap kesihatan seseorang turut terjejas. Hal ini demikian kerana mereka tidak cukup tidur dan makan tidak mengikut waktu. Selain itu, internet juga boleh menimbulkan sentimen perkauman dalam masyarakat yang berbilang kaum. Penyebaran artikel, khabar – khabar angin, gosip, isu – isu sensitif seperti agama misalnya akan merenggangkan hubungan antara kaum di negara kita.
Walau bagaimanapun, kemunculan internet banyak mendatangkan kebaikan kepada manusia. Melalui internet kita boleh memperoleh banyak maklumat dan mengetahui perkembangan dunia luar. Apa yang penting, kita sebagai pengguna haruslah menggunakan internet dengan hala tuju yang baik dan berguna.
Bahagian A (ii): Pemahaman
(10 markah)

Berdasarkan petikan Bahagian A, jawab soalan – soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata mengundang pelbagai masalah.
(2 markah)
2. Berikan tiga keburukan internet kepada masyarakat.
(4 markah)
3. Pada pendapat anda, apakah kebaikan internet kepada pelajar?
(4 markah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan