Ahad, 14 Mac 2010

Cuti Pertengahan Semester Pertama

Minggu ni Cuti Pertengahan Semester Pertama...itu yang tercatat di takwim, di kalendar..Ramai yang kata jadi cikgu ni seronok sebab banyak cuti. Cuti atas kertas saja tu kawan..hakikatnya cuti yang ada digunakan untuk menyelesaikan urusan sekolah yang tidak sempat disiapkan sepanjang persekolahan...periksa buku latihan pelajar yang bertimbun-timbun, berlambak-lambak..huhuu..kemas kini fail ntah apa-apa..Pendek kata time inilah mau cover semua yang tidak terselesai sebelum ni. Jadi cuti pun bukanlah cuti sakan, cuma rutin yang berbeza. Cuti yang ada ni pasti tak terasa, pejam celik pejam celik...sampai hari Isnin minggu depan. Mudah-mudahan sempat menyiapkan apa-apa yang patut..jangan lupa kawan-kawan, kita akan ada Pemantauan Perdana oleh PPD..untuk para pelajar ..siapkan semua tugasan yang dibekalkan semasa cuti. Cari bahan bacaan dari blog ini. Sila manfaatkan ruang yang ada. Selamat Bercuti untuk semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan